Thursday 29 December 2011

Kesalahan Dalam Berpakaian & Cara Menutup Aurat Yang Betul

Perbincangan mengenai Kesalahan Dalam Berpakaian & Cara Menutup Aurat Yang Betul.
Lihat gambarajah dibawah, aurat yang sering disalah erti dan kurangnya pemahaman.


Nyatakan kesalahan lain disekeling kamu mengenai cara sebenar menutup aurat. Sila komen untuk memberi pandangan dan juga ulasan

Kekuatan Iman Umat Islam Sering Dicemburui

Artikel Berita Harian



Oleh Mohd Masri Mohd Ramli

WANITA yang memakai pakaian menutup aurat serta berhijab sering berhadapan masalah terutama persepsi negatif daripada orang bukan Islam dan mereka yang tidak memahami tuntutan agama. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, antara perubahan dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung.

Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan, akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya.

Saidatina Aisyah berkata: Semoga Allah merahmati wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (dalam surah an-Nur, ayat 31) yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada), maka mereka terus mengoyak kain mereka dan bertudung dengannya. (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Saidatina Aisyah, kita dapati ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus sahabat menuruti arahan. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka.

Soalan Objektif

Seseorang wanita memakai tudung kerana memenuhi tuntutan hukum wajib
menutup aurat

Pernyataan di atas adalah ciri kesempurnaan ibadat dari segi

A : Memenuhi tuntutan hukum syarak
B : Memenuhi peraturan hukum syarak
C : Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat
D : Niat hati yang ikhlas beribadat kerana Allah s.w.t

Sila jawab dengan memberi jawapan di bahagian komen di bawah

Tafsiran Aurat dalam Al-Quran

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud:

Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu
dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6).

Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.


Walau bersukan aurat tetap diutamakan

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Sumber dari : Grenbara

Soalan Mengenai Aurat 2

ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN:
 
RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.
 
 

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Gambar Aurat di Facebook



Ini adalah transkip penjelasan Ustaz Ahzar Idrus

.Ustaz, apakah hukum upload gmbr org bkn Islam (nmpk aurat-rambut dan leher) utk tujuan berniaga di fb?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) guna benda haram jadi haram

~
..adakah aurat terbatas pada penganut agama Islam sahaja? maksudnya, kalau kita tengok aurat orang kafir, dose ke dop?.

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sama saja sebab; aurat membangkitkan syahwat

~
..apa hukumnya upload gmbar pompuan tak tutup aurat. contohnya yang tak pakai tudung. Muslim or non muslim.

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tiap yg haram dilihat haram pula di tunjukkan..

~
..salam.. tengok aurat perempuan tetapi tidak mendatangkan ghairah.. berdosa juga ke ??

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) wsalam..tetap haram sekalipun tdk ghairah..sebagaimana haram wanita dedah aurat di dalam negeri yg semua penduduk lelakinya telah terpotong kemaluannya atau mati pucuk..

~
..klu org puang mmg xleh uplod gambo ye beso2 ork klu org laki uplod gambo ye beso2 nk suruh org puji ye ensem xpe ke?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) lelaki yg nak org puji dia hensem tu ada kecederaan pd otaknya..

~
..kalau kita pegang/sentuh babi/anjing hukumnye jatuh haram..lelaki ngan perempuan bukan mahram berpegangan tgn hukumnye jatuh sama haram n dosa nya sama besar ke mcm kita pegang/sentuh babi/anjing??pe hukum kita letak gambo perempuan contoh nye artis yg xtutup aurat lam fb kita ustaz?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) wsalam ..sama2 haram cuma pgg babi/anjing wajib basuh tgn dgn air tanah..
haram letak gambar yg dedah aurat samada gambar artis atau gambar sendiri..

~Dari fanpage facebook ust Azhar.

3 Pembahagian Aurat

Terdapat 3 pembahagian jenis aurat iaitu, aurat bagi lelaki, peremapuan dan juga suara.
Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah seperti berikut:-



Lelaki

Dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.




Perempuan

Aurat wanita begitu komplikated dan akan berubah mengikut situasi:

- Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",[7]
- Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
- Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
- Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.
- Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.
- Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.


Suara

Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat.

Penjelasan Ustaz Zaharudin mengenai Aurat

Lihat video penerangan Ustaz Zaharudin yang bijak menjelaskan tentang aurat

Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran berkaitan aurat ini adalah mendapatkan maklum balas antara guru dan murid dalam tajuk "menutup aurat dikalangan umat islam. Selain itu segala artikel dan juga gambar diletakkan diblog bertujuan menimbulkan minat terhadap tajuk aurat serta melihat keberkesanan pengaruh IT dalam sesi pembelajaran.

Blog ini menghimpukan seluruh artikel dan maklumat penuh mengenai aurat supaya murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas mengenai aurat yang disyariatkan oleh umat Islam semua.

Soalan Mengenai Aurat

Soalan: Apakah hukum menutup aurat?
 Jawapan: Wajib kepada setiap individu muslim yang mukallaf 

Soalan: Apakah had aurat bagi lelaki dan perempuan?
Jawapan Had Aurat:Lelaki: Dari pusat hingga ke lututPerempuan: Seluruh anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan

Soalan: Mengapa diwajibkan menutup aurat?
Jawapan:
•Untuk mentaati perintah Allah
•Untuk menjaga maruah diri, agama dan umat Islam
•Untuk mengelakkan fitnah, maksiat dan gejala sosial
•Meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Pengertian Aurat

Pengertian dan makna yang lengkap mengenai "aurat"



Aurat (Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Dalil Al-Quran


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

Panduan Menutup Aurat


Menutup aurat adalah wajib. Ia bukan satu pilihan untuk kita samada nak tunggu seru atau tidak. Untuk menutup aurat dengan betul perlu kepada ilmu-ilmunya. Jika kita gagal memahami, sebab tula kita melakukan dengan cara yang salah. Tidaklah sampai kita menutup habis tubuh badan kita, tapi biarlah ia betul dan selari dengan niat berfesyen dan menutup aurat yang bukan untuk menunjuk-nunjuk dan menarik hati kaum lelaki dll. Bila menutup aurat pula elakkan perkara-perkara yang melampaui batas seperti berjalan dengan lenggok, dengan sombong dan melabuh-labuhkan pakaian dan menghiasinya secara berlebihan. Jika niat kita betul pasti berfesyen dan menutup aurat itu tetap manis dengan kesederhanaannya.

Secara kesimpulanya jauhkanlah pakaian yang terlampau ketat, jarang, terlampau labuh menyapu lantai, terlampau singkat nampak aurat, tudung jarang dan singkat..Malah niat memakai juga harus dibetulkan. Jangan seperti gambar-gambar dibawah.  Jomlah, sama-sama mencari keredhaanNYA...

Sumber dari : http://rulza.blogspot.com/2011/02/berfesyen-telanjang-dan-menutup-aurat.html

Assalamualaikum...Ahlan Wasahlan

Selamat Datang ke blog jalinanukhuwah.blogspot.com

Blog ini dihasilkan bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kewajipan umat islam dalam tuntutan menutup aurat.

Pengenalan maksud aurat adalah
Maksud Aurat dari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong  jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)

Dalam Hadis:"Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap  terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4)

Kesimpulannya:

Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)